Islamic Widget

Wednesday, January 27, 2010

Sejarah Masjid Saidina Hamzah

1.Sejarah Penubuhan Masjid Saidina Hamzah

Diawal kelulusan hak milk tanah Kampung Batu Muda mendapati kawasan tapak masjid tidak tercatat di dalam pelan.Oleh yang demikian,UMNO Bahagian Batu sebagai badan bertindak pada masa itu mengambil inisiatif iaitu dengan mengambil keputusan berjumpa dengan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan agar satu kawasan masjid perlu diperuntukkan didalam kawasan Kampung Batu Muda.Setelah beberapa siri perundingan diadakan,maka satu keputusan telah dicapai dimana sebanyak 19 lot rumah kediaman telah dibatalkan untuk dijadikan kawasan masjid.

2.Kelulusan Tanah untuk Masjid

Pada 21hb.September 1986,Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan telah menulis surat kepada Setiausaha UMNO Cawangan dimana ketika itu jawatan Setiausaha dipegang oleh En.Talib bin A.Rashid (Pengerusi Masjid Saidina Hamzah sekarang )memaklumkan bahawa dalam mesyuarat yang ke 275/86 telah pada 09 Mei 1986 telah meluluskan satu kawasan untuk dijadikan tapak masjid bagi pebduduk Kg.Batu Muda.

Memandangkan kelulusan awal ini belum lagi diberikan Hak Milik,maka AJK Masjid telah meminta dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) agar ditukar hak milik tanah tersebut.Akhirnya,pada 16 Ogos 1989,kelulusan hak milik telah diberikan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan rujukan JAWI/A/29/1(1) dan rujukan Pejabat Tanah dan Galian pula PTG/WP 2/24783/89(7),iaitu tanahnya seluas 2.5 ekar.

Permasalah yang timbul selepas itu adalah sumber kewangan untuk mendirikan masjid.Oleh yang demikian,AJK telah mengambil inisiatif dengan memungut derma dari anak kariah Kampung Batu Muda dan juga dari masjid-masjid seluruh Malaysia.Dalam masa yang sama,UMNO Cawangan telah memohon peruntukan dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan MAIWP telah meluluskan peruntukan sebanyak 7.6 juta untuk membangunkan masjid.

3.Nama Masjid Jamek Kg.Batu kepada Masjid Saidina Hamzah

Diawal penubuhan masjid ini,masjid ini dinamakan Masjid Jamek Kg.Batu.Setelah setahun masjid ini beroperasi,nama masjid ini telah ditukarkan kepada Masjid Saidina Hamzah.Pada bulan Ramadhan tahun 1995 Masihi,masjid ini telah memulakan solat berjemaah dan ketika itu JAWI telah menghantar seorang pegawai dari JAWI iaitu Allahyarham Ustaz Sari bin Jumiran sebagai imam kerajaan dan seorang noja kerajaan iaitu En.Sarbini.Untuk makluman,sehinggan ke hari ini,masjid ini belum lagi dirasmikan.

4.Perlantikan Ahli Jawatan Kuasa

Perlantikan Ahli Jawatankuasa Masjid yang pertama telah melantik Tuan Hj.Bahsan bin Yusof sebagai Timbalan Pengerusi.Pada perlantikan Ahli Jawatankuasa kali ke -2,jawatan Pengerusi telah ditukarkan kepada Tuan Hj.Talib bin A.Rashid bermula pad tahun 1998 sehingga ke hari ini.

5.Penganugerahan Masjid

Setakat ini,masjid ini telah mendapat 2 kali Johan Kebersihan dan Landskap peringkat Wilayah Persekutuan dan mendapat Naib Johan di peringkat Kebangsaan dalam kategori Kebersihan dan Landskap.